'' bersama-samalah kita berkongsi ilmu untuk meningkatkan lagi ilmu dan thaqafah... ''" sabda Rasulullah s.a.w بلغعني ولو أية
Khamis, 17 Mei 2012
Berjubah Dlm Klip Video Di Syria
بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Manusia Atau Malaikat?
Satu klip video selama 3.55 minit yang diupload memaparkan tentera
Basyar Asad laanahumullah menembak rakyat. Ada yang mati dan luka.
Seorang lelaki berjubah dan berserban putih dilihat tenang menuju kepada
seorang yang ditembak ketika orang lain begitu kalut, mengangkatnya
tanpa ada kesan darah melekat di bajunya.
Manusia atau malaikat? Kalau manusia tidak hairan. Kalau malaikat, maka kita melihat dari 3 sudut hukum: hukum adat, hukum akal, hukum syarak.
Hukum adat atau kebiasaan menunjukkan ia agak pelik kerana adat dan
kebiasaannya orang ramai akan gelabah dan kalut ketika pihak keselamatan
mengamuk (tak percaya tanya peserta BERSIH). Tetapi lelaki berjubah dan
berserban putih itu tenang sahaja seolah-olah tidak ada apa-apa yang
berlaku. Datangnya pula dari arah kawasan yang dikuasai tentera.
Hukum akal pula mengatakan tidak mustahil kalau itu adalah malaikat.
Yang mustahil pada akal ialah seperti anak lebih dewasa dari bapa.
Hukum syarak pula boleh diambil dalilnya dari al-Quran dan Hadis. Dalam
al-Quran Allah diceritakan kisah Nabi Ibrahim yang didatangi 2 Malaikat
berupa lelaki segak memberitahu tentang Nabi Ibrahim yang akan
dikurniakan anak dari Sara walaupun Sara tidak mampu lagi mengandung.
Malaikat itu pula tidak menjamah daging lembu panggang yang dihidang
oleh Nabi Ibrahim.
2 Malaikat itu juga datang kepada Nabi Lut
memberitahunya supaya keluar dari negerinya sebelum waktu Subuh kerana
Allah akan membinasakan negeri itu yang penduduknya beramal dengan
homoseks. (Golongan LGBT, ambil perhatian perkara ini!).
Jibril as sendiri datang kepada Nabi SAW dengan rupa lelaki segak, berpakaian putih tanpa kesan musafir, rambut hitam.
Dalam beberapa riwayat disebutkan Saidina Ali juga pernah berurusan
jualbeli unta dengan Malaikat Jibril dan Mikail yang berupa dengan rupa
lelaki setelah Saidina Ali memberi sedekah kepada fakir miskin.
Justeru, kalau lelaki yang mengangkat orang yang ditembak itu adalah
malaikat, maka ia bukanlah sesuatu yang mustahil menurut hukum syarak.
Maka perkara ini boleh dianggap satu karamah kepada mereka yang syahid
kerana diangkat oleh malaikat, atau kemuliaan juga bagi rakyat Syria
secara umumnya yang menentang pemerintah yang zalim seperti Basyyar
al-Asad itu.
Dalamasa yang sama, perlu diingat dengan ungkapan:
‘Al-Istiqaamatu khairun min alfi karaaamah’ . Istiqamah iaitu tetap
dalam prinsip agama, perjuangan, ibadah dan kehidupan menurut Islam
sebenarnya lebih baik dari seribu karamah (kemuliaan) yang diberi yang
ditunjuk antaranya melalui klip video tersebut.
Moga Allah membantu rakyat Syria yang dizalimi dan menghancurkan kezaliman dan penzalim di seluruh pelusuk bumi ini
wallah hu a'lam...
-ustaz nik nasri-
Khamis, 23 Februari 2012
Qarin itu siapa???
بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah
sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’
manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya
sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin
Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya Qarin yang kafir ini
kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan
was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah
ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah
dan kebaikan.
Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak
mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha
Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan
menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak
renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)
Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah
utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak
membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat
pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun
orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah
tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan
sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat
melaksanakan perintah Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada
seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin
daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?”
Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga
Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan
sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada
suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah
berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik
dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku
berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya
Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh
syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w:
“Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah
engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah
membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)
Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan
dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku
sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi
syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat
kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan:
Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan
yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu
kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya
mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk
ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.”
Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku
sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”
Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’
hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan
ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya
umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat
nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili.
Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas
kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.
12 Barisan Di Akhirat :-)
بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Suatu
ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya;
“Wahai Rasulullah, tolong huraikan
kepadaku mengenai firman Allah SWT:
“Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris” Surahan-Naba’:18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada saya, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”

Maka
dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang-orang yang
sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu
hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka…”
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka nuh dengan ular dan kala jengking.
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka nuh dengan ular dan kala jengking.
“Mereka
itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
“Mereka itu adalah orang yang berdusta di
dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan
perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut
kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka…”
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
“Mereka adalah orang yang menjadi saksi
palsu, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
“Mereka itu adalah orang yang enggan
memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka…”
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka adalah orang yang berbuat zina,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
“Mereka itu adalah orang yang makan harta
anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
“Mereka adalah orang yang derhaka kepada
orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

“Mereka adalah orang yang minum arak, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
“Mereka adalah orang yang beramal salih
dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara
solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan,
kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”
Jika
engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri.
Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa
peritnya berpisah denganNya…..Wallahua’alam
WAHAI PARA UKHTI SEKALIAN...
بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Ukhti, kamu cantik sekali…
Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Ia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Tapi cantik fisik tak akan pernah abadi. Saat ini para pesolek bisa berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuhnya. Namun beberapa saat nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih semua, tubuh tak lagi tegak, membungkuk termakan usia, tak akan ada lagi yang bisa dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahat, tentu tak akan ada manusia yang mau mendekat.
Ukhti, kamu cantik sekali…
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sepantasnya kecantikan disyukuri dengan cara yang benar. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara memamerkan, memajang gambar atau mengikuti bermacam ajang lomba guna membandingkan rupa, sedangkan hakekatnya wajah itu bukan miliknya. Tidakkah engkau jengah bila banyak mata lelaki ajnabi yang memandangi berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa permisi karena engkau sendiri yang memajang tanpa sungkan. Ataukah rasa malu itu telah punah, musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebagian dari keimanan.

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah derajatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tak ada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tak punya harga di hadapan-Nya, karena kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Kecantikan itu harta berharga, bukan barang murah yang bisa dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya jika kecantikan telah diumbar, dipajang dengan ringan tanpa sungkan. Dimana kehormatan sebagai hamba tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Alangkah indah jika kecantikan fisik itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah arti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tak ada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahaya-Nya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat senantiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan penciptamu karena itu lebih berarti dari pada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu Tampillah cantik di hadapan suamimu, karena itu adalah bagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keridhoan Ilahi. Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, karena itu lebih abadi.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu berkata Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda : “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad-jasad kalian dan tidak juga kepada rupa-rupa kalian akan tetapi Allah melihat kepada hati-hati kalian (dan amalan-amalan kalian)” (HR. Muslim)
miss tepung komak (^-^)>>>> bagaimana takrifan 'cantik' kalian? dari sudut mana? tanya balik pada diri..ayuh bermuhasabah...ingat secantik mana pun kita.. pada siapa kalian tayangkan cantik kalian?'AGAMA' YG UTAMA . Bukankah bonus bagi kita wahai sahabatku cantik + berakhlak penyejuk di mata penawar di hati.

"AKU KUAT KERANA MU YA ALLAH''
بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Sejenak...
Aku merenung masa depan..
Terkadang jauh aku membawa diri menyelusuri jalan-jalan silam
Lama aku bermonolog mencari buah-buah fikiran
Hingga akhirnya aku tersedar........
SUDAH BEGITU JAUH PENTAS DUNIAWI INI KU RENTASI!!!
Ada begitu banyak tawa dan kegembiraan yang telah aku perolehi
Malah tidak kurang juga ada begitu banyak airmata dan duka yang kudapatkan
Terkadang aku tertawa bahagia dengan anugerah-Mu
Terkadang aku menangis teresak-esak dengan ujian-Mu
Hingga pernah aku begitu lelah dengan langkahku
Ada begitu banyak nikmat-Nya yang aku dapat
Ada begitu banyak rahmat-Nya yang aku dakap
Ada begitu banyak ranjau dan onak yang terhampar untukku
Baik yang terdahulu dan untuk masa hadapanku
Semuanya menjadi satu.....
Ingin mengeluh tetapi aku terlalu TAMAK membayangkan nikmat-nikmat-Nya yang kuperolehi
Ingin meminta tetapi merasakan terlalu sedikit aku memberi pada-Nya
Ingin mengadu tetapi merasakan terlalu manja hingga tidak betah diuji tuk kesekian kali
Ingin meratap tetapi merasakan aku yang tidak pernah memiliki apa-apa..lalu kesemua ini milik-Nya
Akhirnya..hanya yang aku punya....sebuah tangisan penuh hiba di pinggiran rahmat-Nya
Sebuah tangisan tanpa bicara..tanpa suara..tanpa rintihan..
Aku hanya mampu menangis..menangis..dan menangis dalam sujudku...
Sujud yang tidak mahu ku angkat wajah ini,,,,
Biar Dia mengerti sendiri dari kedalaman hatiku..
Apa jua rasa dan luahan yang bersarang dalam hati..
Yang tidak bisa aku ungkapkan dengan bicara kata
Hanya satu yang ku pohon.......
"Tuhan..........tolong
jangan tinggalkan aku walaupun sesaat dan sekelip mata cuma. Kerna aku
tidak mampu walau sesaat, hidup tanpa cinta dan perhatian-Mu. Tidak
mampu aku menempuh arus duniawi ini Ya Allah. Tidak mampu aku bertahan
dengan fatamorgana duniawi ini Ya Allah..Tidak mampu aku kuat terus Ya
Allah. Andai Engkau tiada di sisiku"
Di setiap kali aku memerlukan-Mu
Kulihat langit-Mu yang terbentang luas..
Dapat kurasakan selaut cinta-Mu yang meluas untukku
Dan aku pun merasa kuat kembali dalam langkahku

Sudikah Kau Nanti..??
Sudikah Kau Nanti..??
بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Satu ketika kau bertanya..
isteriku,
sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..
isteriku,
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia
isteriku,
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya
isteriku,
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku
isteriku,
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..
isteriku,
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jln yg benar
isteriku,
sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)
isteriku,
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu
tnpa rasa ragu..
isteriku,
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang
Satu ketika aku menjawab...
"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"
Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu..
imamku,
sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
jika aku sudah tidak seperti dulu?
imamku,
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku
Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..
Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu
Sudikah kamu wahai imamku?
Aku percaya..kau masih sudi..
"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"
dan aku disini masih lagi menanti dengan seribu harapanku pada ILAHI...
ya allah..kurniakanlah aku ketenangan dalam langkah jihadku terhadap tuntutan ilmuMU

DONT BE SAD
بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Jika bersedih,
Pandanglah ke langit,
Ingatlah Allah masih ada.
Pandanglah ke langit,
Ingatlah Allah masih ada.
Jika keresahan,
Renungilah ke dasar hati,
Yakinlah Allah mencipta hati.
Jika berputus asa,
Lihatlah air sungai yang terus mengalir,
Walau dihalang batuan keras.
Jika kecewa,
Lihatlah hakikat alam semesta,
Percayalah Allah Maha Berkuasa.
Jika rasa tersisih,
Lihatlah purnama di malam sepi,
Yakinlah Allah tidak akan membiarkan kita sendiri.
Jika segalanya tidak pasti,
Serahkanlah pada Yang Maha Mengetahui,
Yang tersurat mahupun yang tersirat.
Moga jawapannya kan ditemui...
InsyaAllah.

Wahai diri...
Setiap langkah dan nafasmu hanya untuk Allah.
Jika langkah-langkahmu diambil bukan kerana-Nya..
Untuk apa engkau terus melangkah?
Jika nafas-nafasmu dihirup bukan lagi untuk-Nya..
Untuk apa engkau terus bernafas?
Demi keseronokan yang sementara?
Demi mencapai kejayaan yang tak kekal sifatnya?
Demi menikmati dunia yang tak pernah cukupnya?
Katakanlah, “Solatku, ibadahku, hidupku, matiku, hanya kerana Allah, Tuhan Sekalian Alam.” Dan berteguhlah kamu dengannya.
Insha Allah, hidupmu akan lebih bermakna, dalam erti kata Allah redha akannya.
Langgan:
Catatan (Atom)