ILMU UNTUK SEMUA....

MATI ITU SEBAGAI PERINGATAN

Isnin, 14 Februari 2011

TEMPAT_TEMPAT BERSEJARAH DI MADINAH...

MASJID NABAWI




MASJID NABAWI
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yang bermaksud:
“Pahala sembahyang di masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang dilain-lain masjid kecuali Masjidil Haram….” (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)




LOKASI MASJID NABAWI
Masjid ini terletak 597 m dari aras laut, kedudukannya di tengah bandar madinah. Tanag tapak masjid adalah berasal dari tempat mengering tamar kepunyaan dua orang anak yatim (Suhai dan Sahl) di bawah jagaan As’ad ibn Zararah Al Ansari. Kemudian Rasulullah membeli tanah tersebut dan didirikan masjid disitu, yang dikenali sebagai masjid nabawi. Masjid nabawa di bina buat pertama kalinya pada tahun pertama hijrah (622M) iaitu hari kedua setibanya Baginda rasulullah di madinah. Keluasan asalnya ketika itu adalah kira-kira 850.5m persegi dan 2.9m tinggi. Atap dibuat dari pelepah tamar disimen dengan tanah liat dan dibuat condong sedikit untuk mengalirkan air hujan.

UKURAN MASJID NABAWI SEKARANG
Ukuran keluasan Masjid Nabawi selepas pembesaran terakhir oleh Khadam Haramain ialah tingkat bawah seluas 98.500M persegi boleh menampung seramai 167.000 jemaah dan tingkat atas (bumbung) seluas 67.000M persegi. Boleh menampung seramai 90.000 jemaah. Jumlah keseluruhannya seramai 257.00 orang jemaah. Kawasan persekitaran (kaki lima masjid) yang dijadikan tempat solat boleh menampung seramai 250.00 orang, jadi keseluruhannya Masjid Nabawi dan persekitarannya boleh menampung setengah juta orang jemaah dalam satu masa.


PINTU-PINTU MASJID PADA ZAMAN RASULULLAH
Ketika Rasulullah mula membina masjid, solat dilakukan menghadap ke arah utara,iaitu ke arah Masjid Aqsa. Hanya tiga pintu saja dibuka ketika itu, iaitu dibahagian timur, barat dan selatan. Apabila khiblat berubah menghadap Kaabah di Makkah pintu baru dibuka di bahagian utara dan pintu dibahagian selatan ditutup.




PINTU TIMUR
Ia diberi berbagai-bagai nama termasuk Bab Usman dan Bab Rasulullah (kerana Rasulullah selalu menggunakannya) ia masih ujud sekarang dan dikenali sebagai Bab Jibril.




PINTU BARAT
Pada zaman dahulu ia dikenali sebagai Bab Atikah tetapi sekarang dikenali sebagai Bab Rahmah.




PINTU BARAT
Pintu ini dikenali sebagai Bab Al-Umar terletak dibahagian timur dinding selatan diantara Mihrab Rasulullah dan Makam. Pintu ini ditutup apabila pertukaran arah kiblat.




PINTU UTARA
Pintu ini dibuka oleh Rasulullah di dinding utara sebagai ganti pintu selatan yang ditutup akibat pertukaran kiblat.






CATATAN:
Bab Al-Salam yang selalu dicari oleh jemaah nama asalnya ialah ‘Bab Marwan’, kerana ia berdekatan dengan rumah Marwan bin Hakam. Pintu ini tidak termasuk dalam masjid yang dibina oleh Rasulullah sebaliknya ia termasuk dalam binaan tambahan yang dibuat oleh Saidina Umar Al-Khatab dan seterusnya tambahan Saidina Usman Dam Al-Walid hingga kekal ke hari ini.



MASJID QUBA’ 




MASJID QUBA’
Masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam berasaskan Taqwa dan Iman yang padu. Dalam satu riwayat yang sahih Rasulullah selalu ke Masjid Quba pada tiap-tiap hari sabtu samaada dengan menaiki unta ataupun berjalan kaki. Adakalanya Rasulullah pergi pada hari Isnin dan Khamis. Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berwudhu dirumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba untuk  bersolat, akan diberi pahala seperti menunaikan Umrah.”

LOKASI MASJID QUBA’
Masjid ini terlatak diperkampungan Quba kira-kira 3KM dari arah selatan Bandar Madinah. Nama Quba di ambil nama dari sebuah telaga yang berada ditempat itu. Masjid ini berbentuk empat persegi dan luas kawasannya kira-kira 5035 meter persegi.




SEJARAH PEMBINAAN QUBA
Ketika Rasulullah tiba diperkampungan Quba dalam perjalanan Hijrah dari Makkah ke Madinah, Baginda tinggal disana empat hari bersama Bani Amru bin Auf dirumah Kalthum bin Al-Hadm. Pada hari pertama itulah baginda terus membina Masjid Quba yang menjadi masjid pertama dibina dalam sejarah umat ini. Tempat solat Rasulullah. Mihrab yang ada sekarang bukanlah tempat solat Rasulullah. Menurut ahli sejarah As Samhudi dan Ibnu Abi Laila, tempat solat Rasulullah terletak dibahagian timur tiang yang rosak dan barisan tiang baru telah diletakkan berhampiran Mihrab itu.





MASJID JUMA’AH
Ia terletak ditengah ‘Kebun Tamar’ di Wadi (lembah Ranauna) di perkampungan Bani Salim bin Auf. Jaraknya kira-kira setengan KM dari utara Masjid Quba dan 2.5km dari bandar Madinah. Setelah empat hari di Quba Rasulullah  keluar dari Quba pada hari jumaat menuju bandar Madinah dan ketika Baginda tiba di Wadi Ranauna iaitu berhampiran perkampungan Bani Salim bin Auf waktu solat Jumaat telah masuk, lalu Baginda menunaikan solat Jumaat di tengah Wadi itu. Itulah solat Jumaat yang pertama yang didirikan oleh Rasulullah selepas hijrah secara terang. Kemudian sebuah masjid dibina betul-betul ditempat tersebut dan dinamakan Masjid Juma’ah. Masjid ini juga dikenali sebagai ‘Masjid Wadi’ dan ‘Masjid Atikah’ dan kekal sehingga sekarang dengan binaannya yang indah.









MASJID AL-QIBLATAIN
Terletak ditengah-tengah perkampungan Bani Salamah iaitu disebelah barat daya madinah. Masjid ini dinamakan Masjid Qiblatain yang bermaksud ‘Masjid dua kiblat.’ Sewaktu Baginda sampai ke Madinah, Baginda diarahkan supaya menghadap kiblat solat ke arah Baitul Maqdis dan ramai penduduk Madinah ketika itu dari kaum Yahudi yang memang berkhiblat kearah Baitul Maqdis. Mereka sangat gembira dengan perbuatan Rasulullah ini. Sedangkan Rasulullah lebih suka jika kiblat solat ditukar kearah Baitullah. Baginda sentiasa berdoa dan memandang ke langit mengharapkan turunnya wahyu mengizinkan berpaling ke Baitullah. Ada riwayat mengatakan bahawa orang-orang Yahudi sentiasa memperli Rasulullah dengan berkata….Muhammad menentang ajaran kita tetapi solat mengikut kiblat kita. Akhirnya selepas 16 @ 17 bulan menghadap ke Baitul Maqdis, barulah baginda mendapat perintah berkiblatkan Kaabah seperti Firman Allah Taala di dalam surah Al-Baqarah ayat 144.


MASJID AL-FATH 








MASJID AL-FATH
Masjid ini terletak dibarat laut Jabal Sila’ dan menghadap Wadi Bathan atau sekarang dikenali sebagai Wadi Abu Jidah iaitu sebelah selatan barat Khandak (Parit didalam peperangan Ahzab). Ia juga mempunyai dua nama lain iaitu ‘Masjid Al-Ahzab’ atau ‘Masjid Al-A’la (yang tinggi)’. Beberapa masjid yang dibina diselatan masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Al-Fath. Menurut sejarah Rasulullah berada ditempat ini setelah selesai menggali parit. Dikawasan ini juga Rasulullah memeriksa tentera muslimim sebelum berperang. Menurut satu riwayat daripada Imam Ahmad Jabir Ibn Abdillah menceritakan: “Pada hari peperangan Ahzab Rasulullah telah berdoa sebanyak tiga kali iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu, ditempat kedudukan masjid ini sekarang supaya Allah mengalahkan tentera Ahzab. Sewaktu Rasulullah berdoa dan bersolat, belum ada lagi masjid didirikan di situ, masjid tersebut didirikan dan dibina oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz.


MASJID DISEKITAR MASJID AL-FATH (MASJID TUJUH)
Disekitar pinggir Jabal Sila’terdapat lagi beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Tujuh. Namun begitu bilangannya yang masih kekal sehingga hari ini hanyalah empat buah saja.
1) Masjid Salman Al-Farisi
2) Masjid Umar Bin Al-Khattab
3) Masjid Ali Bin Abi Talib
4) Masjid Fatimah Zahra’
5) Masjid Abu Bakar Al-Siddiq (Baru Saja Diruntuhkan)
Menurut sejarah tempat asal kawasan masjid ini adalah merupakan tempat perkemahan tentera Islam semasa peperangan Ahzab.


MASJID AL-MUSALLA
Masjid Al-Musalla yang sekarang dikenali sebagai Masjid Al-Ghamamah terletak disebelah timur Madinah iaitu berhadapan dengan Pasar Tamar sekarang. Warnanya kelabu dan berkubah putih. Ia mendapat nama sebagai Al-Musalla yang bererti tempat solat kerana Rasulullah mengerjakan sembahyang hari raya disekitar kawasan terbuka di Al-Manakha dan kemudiannya menjadikan kawasan masjid ini sebagai tempat khas solat hari raya. Abuhhurairah berkata: “Setiap kali Rasulullah melalui Al-Musalla, Baginda akan menghadap ke arah kiblat dan berdoa.” Dinamakan juga masjid Al-Ghamamah yang bermaksud ‘Awan’ kerana diriwayatkan bahawa setiap kali Rasulullah bersolat, awan akan memayungi Baginda daripada terikan matahari.

CATATAN
Banyak lagi masjid yang terdapat di Madinah yang disyorkan untuk diziarahi diantaranya ialah:
MASJID AS-SYAJARAH yang terdapat pokok acacia di Zulhulaifah..dimana Rasulullah selalu duduk berteduh di bawahnya.


MASJID AS-SAJADAH yang mana sekarang ini masyhur dengan nama Masjid Abu Zar, terletak dijalan lapangan terbang iaitu di belakang Masjid Nabawi menuju ke bukit Uhud.


MASJID AL-IJABAH yang mana asalnya dikenali dengan nama ‘Masjid Bani Mua’wiyah Ak-Ausi (sebagai pengasasnya), terletak di jalan sittin dengan binaan baru yang dibuat dalam tahun 1997, berdekatan dengan hospital Dharbatus Shams


MASJID AS-SABQA yang mana tapak masjid ini terletak di medan latihan lumba kuda para sahabat di zaman Rasulullah. Lokasi sekarang ialah permulaan terowong bersebelahan stesyen bas Saptco Madinah




RAUDHAH AL-MUTAHHARAH


Raudhah adalah satu tempat yang mulia di dalam Masjid Nabawi, selain menjadi tempat Rasulullah dan sahabat beribadat dan tempat turunnya wahyu kepada Rasulullah ia juga merupakan sebuah taman dari taman-taman syurga…kedudukan Raudhah adalah antara rumah Rasulullah dan Saidatina Aisyah dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 22 meter dan lebarnya pula 15 meter, bermula dari mihrab Rasulullah hingga ke akhir rumah tersebut disebelah utara.


RAUDAH AL-MUTAHHARAH
merupakan satu ruang dlm masjid nabawi yg mane rasulullah and sahabat selalu beribadat,jg tmpat trn wahyu and dikatakan salah satu ‘taman syurga’…also slh satu tmpt dimakbulkan doa
Ada satu sabda nabi yang masyhur: “satu ruang yang terletak di antara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman2 syurga.dan mimbarku terletak di atas kolamku.”(muttafaqun alaih)
Langsung lps beribadt di raudah bleh lh trus melawat maqam rasulullah dan dua sahabat baginda(saidina abu bakar dan saidina umar)




PERKUBURAN BAQI’


Baqi adalah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa yang meninggal dunia di Madinah (termasuk para haji dan umrah) Rasulullah selalu menziarahi Baqi’ Baginda mengucap salam, berdoa memohon keampunan serta rahmat Allah kepada mereka yang dikebumikan disitu..




SAHABAT DAN KELUARGA RASULULLAH DI BAQI’




Qadhi’iyad meriwayatkan bahawa Imam Malik berkata kira-kira 10.000 sahabat yang meninggal dunia di Madinah di kebumikan di Baqi’. Di antara kubur-kubur yang dikenal pasti penghuninya ialah:
1) Kubur Ahlul Bait (keluarga Rasulullah) iaitu disebelah kanan pintu masuk utama. Mereka ialah:

 i. Saidatina Fatimah Binti Rasulullah

ii. Hassan Bin Abi Bin Abi Talib

 iii. Zainal Abidin Bin Hussin Bin Ali Bin Abi Talib

 iv. Abbas Bin Abdul Mutalib

 v. Muhammad Al Baqir Bin Zainal Abidin

 vi. Jaafar As-Sodiq Bin Mohammad Al Baqir

2) Kubur-kubur Puteri Rasulullah iaitu disebelah kanan kubur para isteri Rasulullah:

a)Ruqiyyah

b)Ummu Kalsum

c)Zainab
3) Makam isteri Rasulullah iaitu bersebelahan kubur Uqail. Mereka ialah:
  • Saidataina Aisyah Binti Abu Bakar As-Siddiq
  • Saidatina Saudah Binti Zama’ah Al –Amiriah
  • Saidatina Hafsah Binti Umar Al-Khattab
  • Saidatina Zainab Binti Khuzaimah Al-Hilaliyyah
  • Saidatina Ummu Salamah Binti Abu Umayyah Al Makzumiyyah
  • Saidatina Juwairiyyah Binti Al-Haris Al Mustaliqiah
  • Saidatina Ummu Habibah,Ramlah Binti Abu Sufyan
  • Saidatina Safiyah Binti Huyai Binti Akhtab
  • Saidatina Zainab Bin Jahsy
Manakala Ummul Mukminin Saidatiba Khadijah binti Khuwalid pula meninggal di Mekah dan dikebumikan di perkuburan Maa’la Makkah..Saidatina Maimunah binti Haris Al-Hilaliyyah pula disemadikan di Sarif, Makkah. Kini Sarif dikenali sebagai Nawariyyah dan terletak kira-kira 18 km dari Makkah

4) Kubur yang terletak disebelah kiri pintu masuk pula ialah:
a.Uqail Bin Abi Talib
b.Sufian bin al-haris bin abu talib
c.Abdullah bin al-toyyar


5) Dua kubur yang terletak ke arah belakang dari kubur Uqail ialah:
a.Imam Malik bin Anas, pengasas Mazhab Maliki
b.Nafi’ Maula (Khadam) Ibnu Ummar, guru Imam Malik
6) Kubur yang terletak di belakang kubur Imam Malik ialah:
a.Usman Bin Maa’zun (Muhajirin Pertama Yang Dikebumikan Di Baqi)
b.Ibrahim Bin Rasulullah
c.Abdul Rahman Bin Auf
d.As’ad Bin Zurarah
e.Saad Bin Abi Waqas
f. Khunais Bin Huzafah Al-Salami
g.Fatimah Binti Asad (Bonda Kepada Saidatina Ali Bin Abi Talib)



7) Kawasan perkebumian Syuhada’ Al-Harrah, terletak di lorong kiri dan belakang dari kubur Saidinalibrahim. Syuhada’ AL-Harrah ialah mereka yang gugur Syahid ketika mempertahankan kampung halaman dan harta benda semasa pemerintahan Yazid bin Muawiyyah.


8) Kubur Saidina Usman bin Affan, terletak ditengah-tengah perkuburan Baqi’



9) Dua buah kubur yang terletak di kiri kubur Saidina Usman bin Affan ialah:
*Abu Said AL-Khudri
*Saad bin Muaaz Al-Ansasi


10) Dihujung sebelah kiri pintu masuk utama Baqi pula terdapat kubur emak saudara Rasulullah iaitu:
a)Safiyah binti Abdul Rahman
b)Atikah saudara perempuan Safiyah




Antara sahabat-sahabat Nabi yang diakui dikebumikan di Baqi’tetapi tidak dikenal pasti kuburnya ialah Abdullah bin Mas’ud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan