ILMU UNTUK SEMUA....

MATI ITU SEBAGAI PERINGATAN

Sabtu, 5 Mac 2011

Perkara Sebelum Tidur



( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Kalau rajin..

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.. 

Dosa Meninggalkan Solat




Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-



Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)


Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.


Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah


Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.


Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."



Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:



Dunia

a. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
b. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
c. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.


Sakaratul Maut

a. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
b. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
c. (su'ul khatimah)
d. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.


Alam Barzakh

a. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
b. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
c. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
d. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)


Hari Qiamat

a. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
b. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
c. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.
Nota : Saudara-saudaraku, ingatlah, jangan kita menganggap solat jemaah itu satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu'akkad yang sangat dituntut - ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.

Rahsia di sebalik Solat


1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - 
Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - 
Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - 
Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - 
Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - 
I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7 - 
Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - 
Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9 -
 Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - 
Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.

11 - 
Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - 
Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - 
Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.



Tafsir Mimpi Mengikut Islam




  • Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian





  • Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat





  • Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat





  • Bermimpimemasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang ituberada dalam kesakitan ia akan segera sembuh





  • Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia





  • Bermimpimemohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah andaalamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatupekerjaan yang dilakukan





  • Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda





  • Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar





  • Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa





  • Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat





  • Jikabermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaanyang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain





  • Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat





  • Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira





  • Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala





  • Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar





  • Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran





  • Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan





  • Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat





  • Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang





  • Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian





  • Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan





  • Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan





  • Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat





  • Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan





  • Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh





  • Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar





  • Bermimpiberkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapatkeredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akanmendapat keuntungan yang besar





  • Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya





  • Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati





  • Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup





  • Jikabermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jikamakan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akantercapai





  • Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita





  • Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita





  • Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa





  • Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.





  • Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.





  • Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.





  • Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.





  • Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.





  • Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.





  • Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.





  • Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.





  • Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat





  • Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati





  • Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna





  • Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu





  • Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang





  • Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik





  • Jikabermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginyadengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat





  • Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga





  • Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat





  • Jikadi dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan





  • Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w





  • Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan





  • Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal





  • Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
  • PERKIRAAN YANG TERKANDUNG DALAM AL-QURAN




    Perkiraan

    Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi,angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

    Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

    DUNIA - 115 kali
    AKHIRAT - 115 kali

    MALAIKAT - 88 kali
    SYAITAN - 88 kali

    HIDUP - 145 kali
    MATI - 145 kali

    FAEDAH - 50 kali
    KERUGIAN - 50 kali

    UMMAH - 50 kali
    PENYAMPAI - 50 kali

    IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
    MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

    BALA/MUSIBAH - 75 kali
    BERSYUKUR - 75 kali

    BERSEDEKAH - 73 kali
    BERPUAS HATI - 73 kali

    ORANG YANG SESAT - 17 kali
    ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

    MUSLIMIN - 41 kali
    JIHAD - 41 kali

    EMAS - 8 kali
    KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

    KEAJAIBAN - 60 kali
    FITNAH - 60 kali

    ZAKAT - 32 kali
    BERKAT - 32 kali

    MINDA - 49 kali
    NUR - 49 kali

    LIDAH - 25 kali
    SUMPAH - 25 kali

    NAFSU - 8 kali
    KETAKUTAN - 8 kali

    BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
    BERDAKWAH - 18 kali

    KESUSAHAN - 114 kali
    KESABARAN - 114 kali

    MUHAMMAD - 4 kali
    SYARIAT - 4 kali

    LELAKI - 24 kali
    PEREMPUAN - 24 kali

    SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

    BULAN - 12 kali
    HARI - 365 kali

    LAUTAN - 32 kali
    DARATAN - 13 kali

    LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
    Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
    Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
    JUMLAH = 100 peratus

    Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

    Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

    Subhanallah….