ILMU UNTUK SEMUA....

MATI ITU SEBAGAI PERINGATAN

Khamis, 5 Mei 2011

MAHABBAH cinta ku





Cinta memang mudah diucap tetapi payah untuk memahami makna mahabbah disebaliknya. Cinta adalah mahabbah. Mahabbah adalah sesuatu kecantikan yang amat tinggi nilainya.
Mahabbah itu sebenarnya adalah suatu kecantikan yang padu, hanya tertumpu untuk Allah s.w.t. Dalam tasawwuf, mahabbah bererti patuh kepada Allah s.w.t. dan membenci sikapyang melawan kepadanya.
Andainya perkataan cinta akan terucap dari rekahan bibir kita ketahuilah bahawa cintaatau mahabbah itu harus melalui 3 peringkat :
Pertama : Cinta Orang Biasa
Dia seorang yang selalu mengingati Allah s.w.t. dengan berzikir, suka menyebut Asmaul Husna dan memperoleh kesenangan dalam beribadah kepadaNya serta sentiasa berzikir memujiNya.
Kedua : Cinta Orang Jujur
Dia mengenalTUHAN-nya ; seperti kebesaranNYA, kekuasaanNYA dan ilmuNYA,lalu lahirlah rasacinta yang demikian hebat hingga seluruhperasaannya, menjadi rindu yang tidak tertanggung.
Ketiga : Cinta Orang Arif
Cintanya adalah kerana dia kenal benar dengan Allah s.w.t. Yang dilihat dan dirasa bukan lagi cinta tetapi diri yang dicintai. Sifat-sifat yang dicintainya masuk ke dalam diri yang mencintai hingga lahirlah dia sebagai seorang manusia yang begitu baik dalam segala segi.
Tentang cinta mencintai ini Allah s.w.t. berfirman dalam Al Quran maksudnya:
“..Allah s.w.t. akan mendatangkan suatu kaum yang Allah s.w.t. mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya.” Al-Maidah : 54
“..Jika kamu(benar-benar) mencintai Allah s.w.t, ikutilah aku, nescaya Allah s.w.t. mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu..” Ali-Imran : 31
Tentang cinta ini juga Rasulullah sawbersabda sebagaimana yang diriwayatkanoleh Bukhari dan Ahmad bin Hanbal : ”Hampir-KU sentiasa mendekatkandiri pada-KU dengan perbuatan-perbuatan hingga AKU cinta padanya. Orangyang-KU cintai menjadi telinga, mata dan tangan-KU.”
Cinta kepada ALLAH SWT(hubb al-ilahiyyah) adalah cetusan dari perasaan cinta dan rindu yang mendalamkepadaNYA. Rabiatul Adawiyah seorang wali berkata ; “Aku mengabdikan kepadaALLAH bukan kerana takut kepada Neraka…., bukan pula kerana ingin masukSyurga…tetapi aku mengabdikan kerana cintaku dan rinduku kepadaNYA dan“TUHAN-ku jika kupuja ENGKAU kerana takut pada Neraka, bakarlah aku didalamnya; dan jika kupuja ENGKAU kerana mengharapkan Syurga, jauhkanlah akudaripadanya; tetapi jika ENGKAUkupuja semata-mata kerana ENGKAU maka janganlah sembunyikankecantikanMU yang kekal itu dari diriku.”
Perasaan cinta yang telah meresap ke dalam lubuk hati Adawiyah menyebabkan diamengorbankan seluruhhidupnya semata-mata untuk beribadah kepada ALLAHSWT. Cinta Adawiyah kepadaNYA merupakan cinta suci, murni, dan sempurnaseperti yang disenandungkan dalam syairnya;
Aku mencintai-MU dengan dua cinta,
cinta kerana diriku dan cinta keranadiriMU.
Cinta kerana diriku sentiasa mengingati MU,
cinta kerana keadaanMU menyingkapkan tabir hingga ENGKAU ‘kulihat’.
Cinta kepada ALLAH SWT memenuhi jiwa Adawiyah, sehingga dia menolak setiap lamaran. Dia mensyaratkan sesiapa yang hendak mengahwininya harus meminta izin kepadaNYA. Ketika seseorang bertanya; “Apakah engkau benci pada syaitan ?” Dia menjawab :“Tidak, cintaku kepada TUHAN tidak meninggalkan ruang kosong dalam diriku untuk rasa benci pada syaitan,”
Ketika ditanya pula cintanya pada Nabi Muhammad saw. Adawiyah menjawab “Aku cinta Nabi saw tapi cintaku kepada KHALIK memalingkan diriku dari cinta kepada makhluk.”
*Cintailah ALLAH melebihi segala-galanya kerana itulah cinta yang abadi…Mogaku perolehi cinta sedemikian walaupun rasa kerdil dan hinanya diriku disisi MU ya ALLAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan