ILMU UNTUK SEMUA....

MATI ITU SEBAGAI PERINGATAN

Sabtu, 5 Februari 2011

2 PEMIMPIN YANG DI BENCI RAKYAT MESIR...




PRESIDEN MESIR HOSNI MUBARAK

April 2010 seperti yang dilaporkan oleh agensi berita antara dan AFP, Mubarak mengarahkan tentera menyembur gas beracun ke dalam terowong-terowong yang digunakan untuk menyeludup makanan dan ubat-ubatan ke Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh.

Disember 2010 Mubarak mengarahkan pembinaan tembok konkrit yang mempunyai menara pengawal di sempadannya dengan Gaza untuk menyekat penyeludupan bekalan makanan, ubat-ubatan dan air bersih.

Mubarak menerima peralatan ketenteraan untuk menghadapi penunjuk perasaan yang menentangnya seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro semalam.

Dalam pilihanraya 2010, berlaku penyelewengan besar-besaran. Mubarak menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding dalam pilihanraya.
Parti Mubarak memenangi 99% kerusi sepanjang pemerintahannya, Mubarak telah menangkap beribu-ribu aktivis Ikhwanul Muslimin dan sebahagian besar daripada mereka dikenakan seksaan.
Para penentang politik kerajaan diberikan tekanan dengan tahanan tanpa bicara dan pembunuhan.

Mubarak ialah seorang diktator, agen Amerika dan Zionis.





PRESIDEN TUNISIA ZAINAL ABIDIN BIN ALI

Mengharamkan hijab dan poligami, mengarahkan polis menanggalkan tudung wanita sebelum memasuki sekolah, universiti atau tempat kerja bahkan di jalanan. Amnesty International melaporkan pada waktu itu bahawa beberapa wanita ditahan dan dibawa ke balai polis dimana mereka dipaksa untuk menandatangani komitmen untuk berhenti memakai hijab.

Bin Ali menindas gerakan Islam di Tunisia dengan menangkap lebih dari 100 orang pimpinan Nahdah Al Islamiyyah. Mereka kemudiannya dihukum bunuh atau dipenjarakan dari 20 tahun hingga seumur hidup. Presiden Tunisia ini meneruskan polisi presiden sebelum itu dengan menutup institusi-institusi pendidikan bermula dengan Universiti Az-Zaitun dan Masjid Az-Zaitun yang menjadi simbol Tunisia selama ini. Universiti Az-Zaitun adalah sebuah pusat yang penting seperti juga Universiti Al-Azhar di Kaherah.

Dibawah pemerintahannya Tunisia menjadi negara polis. Rakyat tidak boleh mengkritik kerajaan atau meluahkan sensitiviti Islam walaupun di dalam rumah sendiri. Segala aktiviti dan publisiti keislaman diharamkan. Kesan dari penindasan ini, semua orang ramai cuba mengelak dari membicarakan tentang Islam.

Tunisia adalah modal Islam Amerika dan contoh negara Islam Liberal.

RISALAH YANG DI EDARKAN KEPADA MASYARAKAT   UMUM PADA 4/2/2011 BERSAMAAN HARI JUMAAT DI MASJID DARUL TAQWA , BATU ENAM..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan