بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Ulama berpengaruh, Yusuf al-Qaradawi semalam mengeluarkan fatwa menggesa mana-mana anggota tentera Libya supaya menembak mati pemimpin Libya, Muammar Gaddafi. "Sesiapa di kalangan tentera Libya yang boleh melepaskan tembakan terhadap Gaddafi sepatutnya bertindak demikian," kata ulama kelahiran Mesir itu yang berpusat di Qatar kepada televisyen Al-Jazeera.
Yusuf juga memberitahu tentera Libya supaya tidak mematuhi arahan menembak orang awam negara itu. serta mendesak duta Libya di seluruh dunia memutuskan hubungan dengan rejim Gaddafi. Terkenal di Timur Tengah kerana fatwanya yang kadang kala mencetuskan kontroversi, Yusuf mempunyai status selebriti di dunia Arab kerana ceramahnya menerusi televisyen Al-Jazeera.
Beliau sebelum ini mempertahankan keganasan yang dilakukan beberapa kumpulan Islam. Barat menuduh ulama itu menyokong keganasan kerana menyokong serangan berani mati rakyat Palestin di Israel.
Britain dan Amerika Syarikat enggan mengeluarkan visa untuk membolehkan beliau memasuki negara itu. Yusuf yang juga pemimpin spiritual Ikhwanul Muslimin di Mesir dan sudah sekian lama menetap di Qatar, mengetuai Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa. Demikian berita dari AFP
Sedangkan di Tripoli Reuters hari ini melaporkan, Pemimpin Libya Muammar Gaddafi menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan meskipun berhadapan dengan kebangkitan rakyat, secara besar-besaran yang tidak pernah disaksikan sebelum ini, terhadap kepimpinan beliau.
Cara beliau menangani kebangkitan sejak beberapa lalu juga mendapat kritikan Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. "Saya tidak akan meninggalkan tanah ini (negara ini), saya akan mati di sini sebagai pejuang," kata beliau menerusi televisyen kerajaan malam tadi.
Dalam ucapan yang digambarkan sebagai merewang dan enggan tunduk kepada desakan demonstrasi, Muammar yang memerintah negaranya sejak lebih empat dekad lalu mempersalahkan golongan muda dan melabelkan penunjuk perasaan sebagai "tikus dan askar upahan", yang mahu menjadikan Libya sebagai negara Islam.
Sebaliknya Muammar meminta rakyatnya turun ke jalan hari ini untuk menunjukkan sokongan mereka kepada beliau. Beliau juga meminta rakyatnya supaya "membersihkan Libya dari rumah ke rumah" melainkan penunjuk perasaan menyerah diri.
Hampir 500 orang dikatakan sudah terbunuh dalam demonstrasi yang bermula lebih seminggu lalu. Muammar muncul buat kali kedua dalam 24 jam untuk memberikan ucapan menerusi televisyen semalam.
Dalam laporan berasingan Reuters pula menyebut Liga Arab telah menggantung delegasi Libya daripada menyertai aktiviti pertubuhan itu yang berpejabat di Kaherah. Bagaimanapun ia tidak memberikan sebarang butiran berhubung keputusan itu, yang dibuat ekoran tindakan keras kerajaan Libya ke atas demonstrasi.
"Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar kiri ) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.
Syeikh al-Qaradawi berkata :
Syeikh al-Qaradawi berkata :
وقال القرضاوي " أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه". وأضاف "لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد".
maksudnya :
"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh ! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya .. maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! "...beliau seterusnya menambah " Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!"
Bersabarlah rakyat Libya! Pertolongan Allah pasti tiba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan