ILMU UNTUK SEMUA....

MATI ITU SEBAGAI PERINGATAN

Rabu, 29 Disember 2010

TELADAN HIJRAH-SAIDATINA ASMA' & SAIDATINA AISYAH R.A. (2 PUTERI SAIDINA ABU BAKAR R.A.)




Dari Aisyah r.a katanya: Sungguh sedikit waktu (kesuntukan waktu) bagi Nabi saw. pada hari-hari itu, namun amat perlu sekali bagi baginda datang juga ke rumah Abu Bakar pagi atau petang. Maka ketika telah diizinkan bagi baginda untuk pergi (hijrah) ke Madinah, kami tidak pernah terkejut melainkan ketika baginda datang ke rumah kami waktu Zohor, lalu kedatangan baginda itu dimaklumkan kepada Abu Bakar. Berkata Abu Bakar,:
”Nabi saw. tidak akan datang pada waktu ini melainkan kerana ada urusan yang sangat penting.” Ketika Nabi saw. masuk ke tempat Abu Bakar, baginda bersabda kepadanya.
“Suruhlah orang yang ada di sekelilingmu keluar.” Berkata Abu Bakar:”Ya Rasulullah! Hanya ada dua orang anakku, ‘Aisyah dan ‘Asma’.”
Sabda Nabi saw. Tahukah engkau bahawa sesungguhnya aku telah diberi izin untuk keluar (hijrah)?” Berkata Abu Bakar,:”Anda perlu teman, ya Rasulullah!”
Sabda Baginda,:”Ya, kawan.” Berkata Abu Bakar,:”Ya Rasulullah! Aku mempunyai dua ekor unta yang sengaja kusediakan untuk keluar (hijrah), ambillah seekor untuk anda.” Sabda Nabi,”Kuambil seekor dengan harganya.”(Riwayat Bukhari)

Menarik kisah ni.. lihatlah jawapan Abu Bakr AsSiddiq. Kedua anak perempuannya mendapat kesitimewaan dan kepercayaan unuk menjaga satu RAHSIA besar yang bakal berlaku.
Dr. Mustafa As-Siba`ei telah berkata bahawa Hijrah adalah antara peristiwa besar yang telah merobah perjalanan hidup manusia dan tamadun kehidupan. Jika idea Hijrah tidak tercetus, berkemungkinan cahaya Islam tidak dapat menerangi dunia hingga ke hari ini.

Dan apa yang menariknya di sini ialah kejayaan Hijrah adalah hasil bantuan, sokongan dan
pengorbanan dari dua anak muda puteri! Dua bersaudara, Asma' dan Aisyah bt Abu Bakr.
Diberi julukan sebagai 'dzatun nithaqain' oleh Rasulullah yang membawa erti "wanita yang mempunyai dua tali pinggang", sebagai peringatan terhadap peristiwa Hijrah yang menyaksikan pengorbanan dan keberanian Asma' yang tiada tolok bandingannya. Beliau dan adiknya 'Aisyah bersusah payah menyediakan bekalan makanan dan minuman buat Rasulullah dan Abu Bakar Radhiallahu anhu di saat genting seperti itu. Asma" mengoyakkan ikat pinggangnya kepada dua untuk dijadikan tali pengikat untuk mengikat bekalan makanan dan minuman tersebut, sehingga kerana peristiwa itu Rasulullah mendoakan beliau agar digantikan tali pinggang tersebut dengan yang lebih baik dan
lebih indah di syurga kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan